AHAMMIAH MAKRIFATULLAH
Makrifatullah atau mengenal Allah adalah subyek utama yang
mesti disempurnakan oleh seorang muslim.
Para mad’u yang diajak untuk terlibat sama di dalam dakwah mestilah
dipastikan betul mereka memiliki kefahaman dan pengenalan yang sahih terhadap
Allah SWT. Mesti terpacak kukuh di dalam
hati sanubari bahawa Allah adalah sebagai “Rabb” kepada sekalian alam. Keyakinan ini tentu sekali bersandarkan kepada
berbagai dalil dan bukti yang kukuh.
Dari keyakinan ini, akan membuahkan peningkatan iman dan taqwa. Personaliti merdeka dan bebas adalah yang
lahir dari pengenalan yang mantap terhadap Allah. Juga akan lahir ketenangan, keberkatan dan
kehidupan yang baik sebagai manifestasi dari mengenali Allah. Di akhirat akan dikurniakan pula dengan
balasan syurga Allah. Semua ini adalah
bergaris penamat di keredhaan Allah SWT.
1. Kepentingan Ilmu
Makrifatullah.
Sarahan :
Riwayat ada menyatakan bahawa
perkara pertama yang mesti dilaksanakan dalam agama adalah mengenal Allah
(awwaluddin makrifatullah). Bermula
dengan mengenal Allah, maka kita akan mengenali diri kita sendiri. Siapakah kita, dimanakah kedudukan kita
berbanding mahluk-mahluk yang lain, apakah sama misi hidup kita dengan
binatang-binatang yang ada di bumi ini, apakah tanggung jawab kita dan
kemanakah kesudahan hidup kita. Semua
persoalan itu akan terjawab secara tepat setelah kita mengenali betul-betul
Allah sebagai Rabb dan Ilah. Yang
Mencipta, Yang Menghi-dupkan, Yang Mematikan dan seterusnya.
Dalil :
·
Q.47:19, ayat ini mengarahkan kepada
kita dengan bahasa (ketahuilah olehmu) bahawasanya tidak ada ilah selain Allah
dan minta ampunlah untuk dosamu dan untuk mukminin dan mukminat. Apabila Al-Qur’an menggunakan sibghah amar
(perintah), maka ia menjadi wajib menyambut perintah tersebut. Dalam konteks ini mengetahui atau mengenali
Allah (makrifatullah) adalah wajib.
·
Q.3:18, Allah menyatakan bahawa
tidak ada tuhan melainkan Dia, dan telah mengakui pula para malaikat dan
orang-orang yang berilmu sedang Allah berdiri dengan keadilan. Tidak ada tuhan melainkan Dia Yang Maha
Perkasa dan Maha Bijaksana.
·
Q.22:72-73, Allah telah menjanjikan
kepada mereka yang mengingkari ayat-ayat Allah samada ayat qauliyah atau
kauniyah dengan api neraka. Janji ini
Allah turunkan di dalam surat Al-Hajj ayat 72-73 : Apabila dibacakan kepada
mereka ayat-ayat Kami yang terang kamu dapati pada muka-muka orang kafir
kemarahan. Hampir-hampir mereka
menendang orang-orang yang membacakan kepada mereka ayat-ayat kami. Katakanlah kepada mereka : Hendaklah aku
khabarkan kepada kamu dengan yang lebih buruk daripada itu, iaitulah neraka
yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka yang kufur dan itulah
seburuk-buruk tempat kembali. Wahai
manusia, dibawakan satu permisalan maka hendaklah kamu dengar ! Sesungguhnya orang-orang (berhala-berhala)
yang engkau sembah selain Allah tidak akan mampu mencipta seekor nyamuk
sekalipun seluruh mereka berkumpul untuk tujuan itu. Dan jika mereka dihinggapi oleh seekor lalat,
mereka tidak mampu untuk menyelamatkan diri.
Lemahlah orang yang menuntut dan orang yang dituntut (sembah). Oleh yang demikian makrifatullah menerusi
ayat-ayatNya adalah suatu kepentingan utama perlu dilaksanakan agar terselamat
dari api neraka.
·
Q.39:67, mereka tidak mentaqdirkan
Allah dengan ukuran yang sebenarnya sedangkan keseluruhan bumi berada di dalam
genggamanNya pada Hari Kiamat dan langit-langit dilipatkan dengan
kananNya. Maha Suci Dia dan Maha Tinggi
Dia dari apa yang mereka sekutukan.
Orang-orang kafir tidak mentaqdirkan Allah dengan taqdir yang sebenarnya
karena mereka tidak betul-betul makrifatullah.
Ayat ini menarik kita agar tidak salah taqdir terhadap hakikat ketuhanan
Allah yang sebenarnya. Oleh itu memerlukan
makrifatullah yang sahih dan tepat.
2. Tema Perbicaraan
Makrifatullah – Allah Rabbul Alamin.
Sarahan :
Ketika kita membicarakan tentang
makrifatullah, bermakna kita berbicara tentang Rabb, Malik dan Ilah kita. Rabb yang kita pahami dari istilah Al-Qur’an
adalah sebagai Pencipta, Pemilik, Pemelihara dan Penguasa. Manakala ilah pula mengandungi arti yang
dicintai, yang ditakuti dan juga sebagai sumber pengharapan. Kita boleh lihat hal ini di dalam surat
An-Naas : 1-3. Inilah tema di dalam
makrifatullah. Jika kita menguasai dan
menghayati keseluruhan tema ini, bermakna kita telah mampu menghayati makna
ketuhanan yang sebenarnya.
Dalil :
·
Q.13:16, “Katakanlah, siapakah Rabb
segala langit dan bumi ? Katakanlah
Allah. Katakanlah, adakah kamu mengambil
wali selain daripada Nya yang tiada manfaat kepada dirinya dan tidak pula dapat
memberikan mudarat ? Katakanlah, adakah
bersamaan orang yang buta dengan orang yang melihat ? Bahkan adakah bersamaan gelap dan nur
(cahaya) ? Bahkan adakah mereka
mengadakan bagi Allah sekutu-sekutu yang menjadikan sebagaimana Allah
menjadikan, lalu serupa mahluk atas mereka ?
Katakanlah, Allah. Allah yang
menciptakan tiap tiap sesuatu dan Dia Esa lagi Maha Kuasa”.
·
Q.6:12, “Katakanlah, baqi siapakah
apa apa yang di langit dan bumi ?
Katakanlah, bagi Allah. Dia telah
menetapkan ke atas diriNya akan memberikan rahmat. Demi sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu
pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Orang-orang yang merugikan diri mereka, maka
mereka tidak beriman”.
·
Q.6:19, “Katakanlah, apakah saksi
yang paling besar ? Katakanlah, Allah
lah saksi diantara aku dan kamu.
Diwahyukan kepadaku Al-Qur’an ini untuk aku memberikan amaran kepada
engkau dan sesiapa yang sampai kepadanya Al-Qur’an. Adakah engkau menyaksikan bahawa bersama
Allah ada tuhan-tuhan yang lain ?
Katakanlah, aku tidak menyaksikan demikian. Katakanlah, hanya Dialah tuhan yang satu dan
aku bersih dari apa yang kamu sekutukan”.
·
Q.27:59, “Katakanlah, segala
puji-pujian itu adalah hanya untuk Allah dan salam sejahtera ke atas
hamba-hambanya yang dipilih. Adakah
Allah yang paling baik ataukah apa yang mereka sekutukan”.
·
Q.24:35, “Allah memberi cahaya
kepada seluruh langit dan bumi”.
·
Q.2:255, “Allah. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia hidup dan berdiri menguasai seluruh isi
bumi dan langit”.
3. Didukung Dengan Dalil
Yang Kuat (Q.75:14-15).
Sarahan :
Makrifatullah yang sahih dan tepat
itu mestilah bersandarkan dalil-dalil dan bukti-bukti kuat yang telah siap
disediakan oleh Allah untuk manusia dalam berbagai bentuk agar manusia berfikir
dan membuat penilaian. Oleh karena itu
banyak fenomena alam yang disentuh oleh Al-Qur‘an diakhirkan dengan persoalan
tidakkah kamu berfikir, tidakkah kamu mendengar dan sebagainya. Pertanyaan-pertanyaan itu boleh mendudukkan
kita pada satu pandangan yang konkrit betapa semua alam cakrawala ini adalah
dibawah milik dan pentadbiran Allah SWT.
Dalil :
·
Naqli, Q.6:19. Allah menurunkan
Al-Qur’an kepada Rasul sebagai bahan peringatan untuk manusia.
·
Aqli, Q.3:190, Kejadian langit, bumi
dan pertukaran siang malam menjadi bukti bagi orang yang berfikir.
·
Fitri, Q.7:172, Pertanyaan Allah
kepada anak adam di alam fitrah, bukan Aku tuhanmu ? Lalu diakuri.
4. Dapat Menghasilkan
: peningkatan iman dan taqwa.
Sarahan :
Apabila kita betul-betul mengenal
Allah menerusi dalil-dalil yang kuat dan kukuh, hubungan kita dengan Allah
menjadi lebih akrab. Apabila kita hampir
dengan Allah, Allah lebih lagi hampir kepada kita. Setiap ayat Allah semada dalam bentuk
qauliyah maupun kauniyah tetap akan menjadi bahan berfikir kepada kita dan
penambah keimanan serta ketakwaan. Dari
sini akan menatijahkan personaliti hamba yang merdeka, tenang, penuh keberkatan
dan kehidupan yang baik. Tentunya tempat
abadi baginya adalah surga yang telah dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hamba
yang telah diredhaiNya.
5. Kemerdekaan.
Dalil :
·
Q.6:82, “Orang-orang yang beriman
dan tidak mencampurkan keimanannya dengan kezaliman, untuk merekalah keamanan
sedang mereka itu mendapat petunjuk”.
6. Ketenangan.
Dalil :
·
Q.13:28, “Orang-orang yang beriman
dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah.
Ingat lah bahawa dengan mengingat Allah itu, tenteramlah segala hati”.
7. Barakah.
Dalil :
·
Q.7:96, “Kalau sekiranya penduduk
negeri itu beriman dan bertakwa, niscaya Kami tumpahkan kepada mereka
keberkatan dari langit dan bumi tetapi mereka itu mendustakan sebab itu Kami
siksa mereka dengan sebab usahanya itu”.
8. Kehidupan Yang Baik.
Dalil :
·
Q.16:97, “Sesiapa yang melakukan
kebaikan baik lelaki maupun perempuan sedang dia beriman niscaya Kami siapkan
dia dengan kehidupan yang baik”.
9. Syurga.
Dalil :
·
Q.10:25-26, Mereka yang melakukan
kebaikan akan mendapat kebaikan dan tambahan dari Allah dan merek akan menjadi
penduduk tetap surga Allah.
10. Mardhotillah.
Dalil :
·
Q.98:8, “Balasan untuk mereka di
sisi tuhannya ialah surga Adne yang mengalir sungai dibawahnya sedang mereka
kekal selama-lama di dalamnya. Allah
redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah. Surga itu untuk orang-orang yang takut kepada
Allah”.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar