Kalimah syahdatain adalah kalimat yang
tidak asing lagi bagi umat Islam. Kita
senantiasa menyebutnya setiap hari, misalnya ketika shalat dan azan. Kalimah syahadatain sering diucapkan oleh
ummat Islam dalam pelbagai keadaan. Sememangnya
kita menghafal kalimah syahadah dan dapat menyebutnya dengan fasih, namun
demikian sejauh manakah berkesan kalimah syahadatain ini difahami dan diamalkan
dalam kehidupan sehari-hari ummat Islam ?
Soalan tersebut perlu dijawab dengan realiti yang
ada. Tingkah laku ummat Islam yang
terpengaruh dengan jahiliyah atau cara hidup Barat yang memberi gambaran bahawa
syahadah tidak memberi kesan lainnya seperti tidak menutup aurat, melakukan
perkara-perkara larangan dan yang meninggalkan perintah-Nya, memberi kesetiaan
dan taat bukan kepada Islam, dan mengingkari rezki atau tidak menerima sesuatu
yang dikenakan kepada dirinya. Contoh
ini adalah wujud dari seseorang yang tidak memahami syahadah yang dibacanya dan
tidak mengerti makna yang sebenarnya dibawa oleh syahadah tersebut.
Kalimah Syahadah merupakan asas utama dan landasan
penting bagi rukun Islam. Tanpa syahadah
maka rukun Islam lainnya akan runtuh begitupun dengan rukun Iman. Tegaknya syahadah dalam kehidupan seorang
individu maka akan menegakkan ibadah dan dien dalam hidup kita. Dengan syahadah maka wujud sikap ruhaniah
yang akan memberikan motivasi kepada tingkah laku jasmaniah dan akal fikiran
serta memotivasi kita untuk melaksanakan rukun Islam lainnya.
Menegakkan Islam maka mesti menegakkan rukun Islam
terlebih dahulu, dan untuk tegaknya rukun Islam maka mesti tegak syahadah
terlebih dahulu. Rasulullah SAW
mengisyaratkan bahawa, Islam itu bagaikan sebuah bangunan. Untuk berdirinya bangunan Islam itu harus
ditopang oleh 5 (lima) tiang pokok iaitu syahadatain, shalat, saum, zakat dan
haji ke baitul haram. Dalam hadits yang
lain : Shalat sebagai salah satu rukun
Islam merupakan tiangnya ad dien.
Di kalangan masyarakat Arab di zaman Nabi SAW, mereka
memahami betul makna dari syahadatain ini, terbukti dalam suatu peristiwa
dimana Nabi SAW mengumpulkan ketua-ketua Quraisy dari kalangan Bani Hasyim,
Nabi SAW bersabda : Wahai
saudara-saudara, mahukah kalian aku beri satu kalimat, dimana de-ngan kalimat
itu kalian akan dapat menguasai seluruh jazirah Arab. Kemudian Abu Jahal terus menjawab : Jangankan satu kalimat, sepuluh kalimat
berikan kepadaku. Kemudian Nabi SAW
bersabda : Ucapkanlah Laa ilaha illa
Allah dan Muhammadan Rasulullah. Abu
Jahal pun terus menjawab : Kalau itu
yang engkau minta, berarti engkau mengumandangkan peperangan dengan semua orang
Arab dan bukan Arab.
Penolakan Abu Jahal kepada kalimah ini, bukan kerana
dia tidak faham akan makna dari kalimat itu, tetapi justru sebaliknya. Dia tidak mau menerima sikap yang mesti tunduk,
taat dan patuh kepada Allah SWT sahaja, dengan sikap ini maka semua orang akan
tidak tunduk lagi kepadanya. Abu Jahal
ingin mendapatkan loyaliti dari kaum dan bangsanya. Penerimaan syahadah bermakna menerima semua
aturan dan segala akibatnya. Penerimaan
inilah yang sulit bagi kaum jahiliyah mengaplikasikan syahadah.
Sebenarnya apabila mereka memahami bahawa loyaliti
kepada Allah itu juga akan menambah kekuatan kepada diri kita. Mereka yang beriman semakin dihormati dan
semakin dihargai. Mereka yang memiliki
kemampuan dan ilmu akan mendapatkan kedudukan yang sama apabila ia sebagai
muslim. Abu Jahal adalah tokoh di
kalangan Jahiliyah dan ia memiliki banyak potensi diantaranya ialah ahli hukum
(Abu Amr). Setiap individu yang
bersyahadah, maka ia menjadi khalifatullah fil Ardhi.
Kalimah syahadah mesti difahami dengan
benar, kerana di dalamnya terdapat makna yang sangat tinggi. Dengan syahadah maka kehidupan kita akan
dijamin bahagia di dunia ataupun di akhirat.
Syahadah seba-gai kunci kehidupan dan tiang dari pada dien. Oleh itu, marilah kita bersama memahami
syahadatain ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar