Syahadah merupakan taqrir atau ucapan tauhidullah. Hasil dari bersyahadah adalah Allah sebagai tujuan hidup, Islam sebagai manhaj hidup dan Rasul sebagai qudwah dalam kehidupan. Syahadah bersumberkan kepada hati yang bersih dan akal yang cerdas. Dengan hati yang bersih kita dapat mengharapkan rahmat kepada Allah, takut kepada siksaan Allah dan mencintai Allah. Dengan sifat ini muncullah aqidah yang salimah. Berasaskan aqidah salimah ini menghasilkan niat yang ikhlas.
Akal yang cerdas mempunyai ciri-ciri
mentadaburkan Al-Qur’an, memikirkan alam semesta dan ingat mati. Ini adalah ciri akal yang cerdas sehingga
memunculkan fikrah Islami. Berasaskan fikrah
Islami menghasilkan minhaj yang shohih.
Dengan bersyahadah dan hasil yang diperoleh dari syahadah ini secara
keseluruhannya akan mewujudkan harakah jihad, dakwah dan tarbiyah.
1. Syahadah.
Sarahan :
Syahadatain adalah pernyataan,
perjanjian dan sumpah seorang muslim terhadap keesaan Allah. Dengan tauhidullah itu muslim mengakui
hak-hak Allah dalam menentukan tiga hal pokok iaitu :
·
Satu-satunya
tujuan seluruh aktiviti kehidupan adalah Allah.
·
Satu-satunya
konsep untuk mencapai tujuan hidup tersebut adalah Al Islam.
·
Satu-satunya
teladan dalam pelaksanaan Al-Islam adalah Rasulullah.
·
Untuk
melaksanakan tiga prinsip ini diperlukan wasilah iaitu qolbun salim dan aklu
dzakiy.
Dalil :
·
Q.6:162,
tujuan hidup muslim adalah Allah, lihat 50:50, keharusan muslim bersegera ke
Allah atau meraih redha Allah.
·
Q.3:85,
3:19, dien (peraturan Allah) yang diterima disisi Allah hanyalah Islam. 6:153, mengikuti Al Islam tidak boleh dengan
mencampur-adukkannya dengan konsep lain.
·
Q.33:21,
pernyataan Allah bahawa Rasulullah Muhammad SAW merupakan satu-satunya teladan.
·
Q.3:31,
meninguti Rasulullah merupakan aplikasi cinta kepada Allah.
·
Hadits,
sabda Nabi, “Tidak beriman seorang dari kamu sebelum hawa nafsunya mengikuti
apa yang aku bawa”.
1.1. Qolbun Salim.
Sarahan :
Qolbun salim iaitu hati yang senantiasa
bersih dari noda-noda syirik juga tidak terpengaruh hawa nafsu, syahwat dan
penyakit-penyakit hati. Hendaknya tidak
terkesan di hati kecintaan terhadap dunia dan perhiasannya yang melalaikan
syariat Allah. Jalan yang ditempuh
muslim untuk mencapai qolbun salim ini adalah :
·
Mencintai
Allah dengan sebenar-benarnya kecintaan.
Kecintaan ini menjadi dasar seluruh aktiviti hidupnya.
·
Selalu
mengharap kasih sayang Allah karena meyakini bahawa segala kebaikan hanya
berada di tangan Allah. Maka qolbun
salim terbebas dari harapan dan ketergantungan pada selain Allah.
·
Takut
terhadap siksaan Allah iaitu perasaan muslim yang sangat khawatir terlepas dari
minhaj Allah, karena menyakini bahawa ancaman dan siksaan Allah lebih dahsyat
dari ancaman manusia. Muslim lebih takut
terhadap siksa Allah daripada menerima kelezatan dunia.
·
Dengan
tiga sikap diatas, muslim dapat mencapai aqidah yang sehat, kukuh dan
kuat. Sanggup bertahan dalam berbagai
kondisi. Aqidah ini akan menumbuhkan niat
yang ikhlas dalam setiap aktiviti hidupnya.
Dalil :
·
Q.26:89,
qolbun salim adalah sarana yang paling bermanfaat ketika menghadap Allah di
hari pembalasan. Ia disebut juga qolbun
munib (hati yang senantiasa bertaubat), lihat 50:33.
·
Q.2:165,
8:2, lihat pembahasan cinta dalam bahan sebelumnya.
·
Q.39:38,
jika Allah sahaja segala kebaikan. 33:21
orang yang dapat meneladani Rasul adalah orang yang mengharap rahmat Allah.
·
Q.10:15,
6:15-16, pernyataan takut seorang muslim jika menyimpang dari minhaj Allah.
·
Q.33:39,
takut seorang muslim hanya kepada Allah sahaja menjadikannya berani
menyampaikan kebenaran.
·
Q.33:12,
sikap munafik sangat penakut dan penuh kecurigaan terhadap Allah dalam
peperangan, bandingkan dengan sikap mukmin dalam 33:22.
·
Q.39:1-14,
niat yang ikhlas disebabkan adanya cinta, harap dan takut hanya kepada Allah.
1.2. Aklu Dzakiy.
Sarahan :
·
Iaitu
akal yang mampu membedakan yang haq dengan yang batil, memahami kebaikan Islam
dan keburukan jahiliyah. Akal ini siap
menerima segala informasi yang diperlukan untuk berkhidmat kepada jalan
Allah. Tidak tersurat di dalam otak
muslim untuk berkiblat kepada konsep bathil dan jahiliyah (di luar Islam). Dalam mencapai kondisi akal yang demikian,
maka muslim menempuh jalan tadabur Qur’an, tafakur alam dan mengingat kematian.
·
Tadabur
Al-Qur’an, iaitu mempelajari, mengkaji dan menghayati ayat-ayat Kitabullah
dengan maksud memahami dan melaksanakan minhajillah serta mengambil
sepuas-puasnya nilai-nilai yang terkandung di dalamnya. Dengan demikian ia mendapatkan panduan hidup
yang membimbingnya mencapai kebahagiaan.
·
Tafakur
alam iaitu mengamati, membahas dan menyelidiki Sunnatullah di alam semesta
dengan tujuan mengambil manfaat dengan menemukan berbagai sarana yang
diperlukan ummat Islam.
·
Mengingat
kematian iaitu selalu mengingatkan dirinya terhadap saat bertanggung-jawab di
hadapan Allah. Dengan demikian ia
senantiasa berupaya memanfaatkan seluruh masa hidupnya yang terbatas untuk
berkhidmat pada jalan Allah.
·
Dengan
tiga aktiviti di atas tanpa meninggalkan satupun daripadanya, muslim memiliki
fikrah dan ideologi yang penuh berkah.
Pada gilirannya ia akan mampu menemukan konsep yang benar (minhaj yang
shohih) dalam setiap gerak kehidupannya.
Dalil :
·
Hadits
Rasulullah SAW, “Dien itu aqal, tidak ada dien bagi yang tidak berakal”.
·
Q.39:18,
ulil albab (orang yang mempunyai fikiran siap menampung segala informasi dan
hanya menjadikan perkataan Allah (Al-Qur’an sebagai panduan hidupnya).
·
Hadits
sabda Rasulullah, “Hikmah itu milik orang yang mukmin dimana sahaja ia jumpai,
maka ia yang paling berhak atasnya”.
·
Q.38:29,
47:24, Al-Qur’an mesti ditadaburkan oleh setiap muslim agar menjadi ulil albab.
·
Q.29:49,
Kitabullah merupakan ayat-ayat yang nyata di dalam hati orang-orang yang diberi
ilmu pengetahuan.
·
Q.3:191,
ulil albab memikirkan kejadian dan fenomena alam semesta untuk mendapatkan
manfaat sebesar-besarnya bagi kemajuan Islam.
·
Q.41:53,
Allah memperlihatkan tanda-tanda kekuasaanNya untuk diamati oleh mereka yang
memiliki fikiran.
·
Hadits,
sabda Rasulullah, “Perbanyaklah oleh kamu mengingat pemutus segala kelezatan
(kematian)”.
·
Q.3:192-194,
ulil albab selalu membayangkan kematian di hadapan matanya sehingga ia
senantiasa berlindung dari siksa neraka dan azab Allah.
·
Q.5:48,
mukmin menjadikan kitabullah sebagai konsep hidupnya dengan tidak mengikuti
hawa nafsu dalam pelaksanaan kitabullah.
2. Amal Islami.
Sarahan :
Dengan adanya niat yang ikhlas dari
qolbun salim dan minhaj yang benar dari akal yang cerdas, muslim dapat bekerja
untuk Islam, iaitu aktiviti membangun dienullah dalam realiti kehidupan
manusia. Sesuai kondisi ummat Islam
dewasa ini, medan amal islami adalah :
Dalil :
·
Q.9:105,
perintah Allah agar beramal dengan mengikuti minhaj Allah. 18:110, dengan adanya ikhlas hendaknya
beramal soleh.
·
Q.63:10-11,
4:78, beramal soleh dan berinfak jangan ditunda-tunda.
·
Q.103:1-3,
semua manusia merugi kecuali yang beriman dan beramal soleh.
·
Hadits,
sabda Rasulullah, “Bersegeralah kepada amal dimana kalian tidak menunggu-nunggu
kecuali tujuh hal : 1. Kemiskinan yang
melalaikan, 2. Kekayaan yang menjadikan
melampaui batas, 3. Sakit yang
merusak, 4. Masa tua yang melumpuhkan
segala tenaga, 5. Kematian yang
menghabiskan segala-galanya, 6. Atau
dajjal yang paling buruk ditunggu-tunggu,
7. Hari kiamat dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit”.
2.1. Dakwah dan Tarbiyah.
Sarahan :
Dakwah dan tarbiyah iaitu mengajak
manusia untuk memahami Islam serta mendidik mereka untuk mengamalkan kehidupan
yang Islami.
Dalil :
·
Q.41:33,
16:125, keutamaan dakwah (menyeru manusia) ke jalan Allah.
2.2. Harakah dan Jihad.
Sarahan :
Iaitu mengajak mereka yang telah di
tarbiyah untuk berjuang dengan segenap kemampuannya menegakkan konsep Islam
dengan semangat Jihad.
Dalil :
·
Q.29:6,
manfaat jihad kembali kepada diri sendiri.
·
Q.47:31,
hidup mukmin harus berjihad dan bersabar.
·
Q.9:120,
setiap amal jihad ada balasannya disisi Allah.
Ringkasan Dalil :
·
Syahadah
merupakan pernyataan Tauhidullah :
·
Allah sebagai tujuan hidup, Islam
sebagai manhaj hidup dan rasul merupakan qudwah di dalam kehidupan.
·
Syahadah
bersumberkan :
·
Hati yang bersih (26:87-89, 50:33), mengharapkan rahmat Allah
(10:58, 33:21, 18:110), takut pada siksaan Allah (3:192, 25:65, 76, 76:10),
pecinta Allah (2:165, 5:54), berasaskan aqidah yang
salimah (sejahtera), menghasilkan niat yang ikhlas.
·
Keseluruhannya melahirkan harakah dan
jihad, dakwah dan tarbiyah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar