Jumat, 25 April 2014

ILMU ALLAH



Allah SWT telah mencipta dan menjadikan alam ini seluruhnya lengkap dengan sistem yang menyeluruh.  Antara satu sama lain ada perkaitan dan manfaatnya yang tersendiri.  Allah yang menjadikan semua isi alam ini dan Dialah Yang Maha Mengetahui segala perkara dari sekecil-kecil sehinggalah ke sebesar-besarnya.  Oleh itu Allah menjadi sumber ilmu dan pengetahuan yang sebenarnya.  Allah mengajar manusia dengan ilmu-ilmunya menerusi secara formal iaitu wahyu dan tidak formal iaitu menerusi ilham.  Secara formal menerusi wahyu diturunkan kepada Rasul secara ayat qauliyah yang menjadi panduan dan manhaj kepada kehidupan manusia.  Itu merupakan kebenaran yang mutlak dari Allah untuk manusia.  Manakala secara tidak formal dilakukan menerusi ilham secara langsung menerusi tafakkur, tadabbur dan penelitian terhadap alam.  Ini adalah dalam rangka bagaimana manusia mempergunakan sarana alam untuk kemudahan kehidupan mereka.  Ia merupakan kebenaran dari pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh manusia.  Kedua-dua cara ini penting bagi manusia dalam rangka mengabdikan diri kepada Allah dan bertakwa.


1.    Allah.

1.1.                Yang Maha Pencipta.
Dalil :
·         Q.25:2, Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak serta tidak mempunyai sembarang sekutu dalam pemerintahanNya, dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan mahluk-mahluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.


1.2.                Yang Maha Bijaksana.
Dalil :
·         Q.67:14, Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian mahluk itu mengetahui (segala-galanya)?  Sedang Ia Maha Halus urusan pentadbiranNya lagi Maha Mendalam Pengetahuan Nya.


2.    Jalan Formal.

2.1.                Dengan Wahyu.
Sarahan :
·         Secara resminya ilmu Allah kepada mahluk adalah menerusi wahyu kepada para Rasul alaihissalam.
Dalil :
·         Q.3:38, Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya : “Wahai Tuhanku.  Kuniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau senantiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.


2.2.                Memerlukan Rasul.
Sarahan :
Penurunan wahyu ini bukanlah kepada sembarang orang, bahkan kepada mereka yang dipilih oleh Allah untuk melaksanakan tujuan demikian.  Para Rasul adalah mereka yang terpilih untuk menerima wahyu-wahyu yang telah diturunkan itu.
Dalil :
·         Q.42:53, Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.  Ingatlah !  Kepada Allah jualah kembali segala urusan.


2.3.                Ayat Qauliyah.
Sarahan :
Wahyu yang diturunkan itu merupakan kitab langsung dari Allah berkenaan sesuatu perkara yang kita namakan dia sebagai ayat qauliyah.
Dalil :
·         Q.55:1-2, (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.  Dialah yang telah mengajarkan Al-Qur’an.
·         Q.96:1, Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahluk).


2.4.                Berfungsi sebagai Pedoman Hidup.
Sarahan :
Ilmu-ilmu dari wahyu ini berfungsi sebagai pedoman hidup kepad manusia atau manhajul hayat.
Dalil :
·         Q.3:19, Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.  Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya, perselisihan itu pula) semata-mata karena hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka.  Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.
·         Q.3:85, Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.


2.5.                Kebenarannya Mutlak.
Dalil :
·         Q.2:147, Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad) adalah datangnya dari Tuhanmu, oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.
·         Q.41:53, Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Qur’an adalah benar.  Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu ?


3.    Jalan Non Formal.

3.1.                Dengan Ilham.

Dalil :
·         Q.90:5, Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya) ?

3.2.                Langsung.
Dalil :
·         Q.2:31, Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman : “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.
·         Q.55:4, Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

3.3.                Ayat Kauniyah.
Dalil :
·         Q.3:190, Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.
·         Q.41:53, Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Qur’an adalah benar.  Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu ?

3.4.                Berfungsi sebagai Sarana Hidup.
Dalil :
·         Q.11:61, Dan kepada kaum Tsamud, Kami utuskan saudara mereka : Nabi Soleh.  Ia berkata : “Wahai kaumku !  Sembahlah kamu akan Allah.  Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya.  Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya.  Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid.  Sesungguhnya Tuhanku senantiasa dekat, lagi senantiasa memperkenankan permohonan hambaNya”.

3.5.                Kebenaran Eksperimen.
Dalil :
·         Q.10:36, Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).  Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

3.6.                Untuk Manusia agar Beribadah.
Dalil :
·         Q.51:56, Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar