AT-THORIQ ILA
MAKRIFATILLAH
Apabila kita ingin mencapai sesuatu sasaran, pastinya kita
mesti tahu apakah dan bagaimanakah jalan yang akan menyampaikan kita kepada
sasaran itu. Begitu juga dengan sasaran
untuk mengenal Allah bukan sembarangan cara boleh digunakan karena jalan yang
tidak betul akan membawa kepada pengenalan yang salah. Jalan menuju kepada makrifatullah adalah
menerusi ayat-ayat yang terang dan jelas sebagai satu pernyataan dari Allah
(ayat qauliyah). Ayat ini adalah
pernyataan-pernyataan pengenalan yang difirmankan oleh Allah sendiri di dalam
Al-Qur’an. Selain itu, ada juga
ayat-ayat kauniyah yang menjadi bahan berfikir manusia terhadap kejadian alam
yang begitu unik ini. Dari dua jalan ini
Islam mengajak manusia menggunakan akan dan juga naql untuk menuju
makrifatullah. Kedua-dua metod ini akan
melahirkan keyakinan, langsung mencetuskan pembenaran (tasdiq) dalam hati kecil
manusia yang akhirnya membuahkan keimanan yang mantap terhadap Allah SWT.
Selain metode ini, ada juga manusia yang menggunakan metod
duga-dugaan dan hawa nafsu untuk mengenal Allah. Paling pasti adalah mereka tidak akan bertemu
sasarannya yang sebenar malah dia boleh dipermainkan oleh syaitan seperti yang
berlaku kepada penganut hindu, budha dan lain-lain lagi yang menggambarkan
tuhan ini mengikut apa yang mereka khayalkan.
Metod ini akan berakhir dengan kekufuran.
1. Jalan Menuju Pengenalan
Terhadap Allah SWT.
Sarahan :
Allah SWT tidak menampilkan
kewujudan Zatnya Yang Maha Hebat di hadapan mahluk-mahluknya secara langsung
dan dapat dilihat seperti kita melihat sesama mahluk bahkan selagi kita boleh
nampak dengan mata kepala kita, maka itu bukanlah tuhan. Allah juga menganjurkan kepada manusia
menerusi Nabi SAW supaya berfikirlah pada mahluk-mahluk Allah tetapi jangan
sekali anda berfikir tentang zat Allah.
Mahluk-mahluk yang menjadi tanda kebesaran dan keagungan Allah inilah
yang disarankan di dalam banyak ayat Al-Qur’an agar menjadi bahan berfikir
tentang kebesaran Allah.
2. Ayat Qauliyah.
Sarahan :
Ayat-ayat qauliyah adalah ayat-ayat
yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Al-Qur’an. Ayat-ayat ini boleh menyentuh pelbagai aspek
termasuklah jalan-jalan kepada makrifatullah.
Dalil :
·
Q.95:1-5, Allah mengajak kita
berfikir tentang kejadian mahluknya termasuk buah-buahan, bukit-bukit bahkan
diri manusia itu sendiri sehingga akhirnya manusia dapat menyimpulkan satu
keyakinan bahawa penciptanya adalah Allah.
3. Ayat Kauniyah.
Sarahan :
Ayat Kauniah adalah ayat atau tanda
yang wujud di sekeliling yang diciptakan oleh Allah. Ayat-ayat ini adalah dalam bentuk benda,
kejadian, peristiwa dan sebagainya yang ada di dalam alam ini. Oleh karena alam ini hanya mampu dilaksanakan
oleh Allah dengan segala sistem dan peraturanNya yang unik, maka ia menjadi tanda kehebatan
dan keagungan Penciptanya.
Dalil :
·
Q.41:53, Allah menjelaskan bahawa
Dia akan tunjukkan ayat-ayat kauniyahNya di ufuq dan juga pada diri manusia
sendiri sehingga menjadi terang dan jelas akan kekuasaan Allah.
·
Q.3:190, Pada kejadian langit dan
bumi serta pertukaran siang dan malam juga adalah ayat kauniyah kepada
kekuasaan Allah bagi sesiapa yang berakal.
4. Metod Islam Dengan
Naqli dan Akal.
Sarahan :
Islam menghargai nilai akal yang
dimiliki manusia karena dengan sarana akal ini manusia mampu berfikir dan
memilih antara yang benar atau salah.
Walau bagaimanapun, dengan akal semata-mata tanpa panduan dari Pencipta
akal pencapai pemikiran cukup terbatas.
Apa lagi jika dicampurkan dengan anasir hawa nafsu dan zhan. Gabungan antara kemampuan akan dan panduan
dari Penciptanya akan menghasilkan pengenalan yang tepat dan mantap terhadap
Allah SWT menjadi satu kesalahan apabila manusia tidak menggunakan akalnya
untuk berfikir.
Dalil :
·
Q.10:100-101, Tiadalah seseorang itu
beriman melainkan dengan izin Allah. Dia
menjadikan siksaan atas orang-orang yang tidak berfikir. Katakanlah, perhatikanlah apa-apa yang
dilangit dan di bumi. Tetapi tidak
bermanfaat keterangan dan peringatan bagi kaum yang tidak beriman.
·
Q.65:10, Ancaman Allah dengan
siksaan bagi mereka yang berakal tapi tidak berfikir.
·
Q.67:10, Penyesalan yang pasti bagi
mereka yang tidak berfikir.
5. Tasdiq (membenarkan).
Sarahan :
Hasil dari berfikir dan meneliti
secara terus menurut pedoman-pedoman yang sewajarnya, akan mencetuskan rasa kebenaran,
kehebatan dan keagungan Allah. Boleh
jadi ia berbetulan dengan firman Allah 53:11 (Tiadalah hatinya mendustakan
(mengingkari) apa-apa yang dilihatnya).
Hati mula membenarkan dan akur kepada kebujaksanaan Tuhan.
Dalil :
·
Q.3:191, Orang-orang yang mengingat
Allah setiap ketika akan terungkap pada lisannya ucapan Maha Suci Engkau ya
Allah.
·
Q.50:37, Yang demikian itu menjadi
peringatan bagi orang yang mempunyai hati atau mendengarkan sedang hatinya
hadir.
6. Menghasilkan Iman.
Sarahan :
Metod pengenalan kepada Allah yang
dibawa oleh Islam ini cukup efektif secara berurutan sehingga akhirnya
menghasilkan keimanan sejati kepada Allah azzawajalla.
7. Metod Selain Islam.
Sarahan :
Pemikiran berkenaan theologi dan
ketuhanan banyak juga dibawa oleh pemikir-pemikir dari serata dunia tetapi
tidak berlandaskan kepada metod yang sebenarnya. Kebanyakannya berlandaskan duga-dugaan,
sangka-sangkaan dan hawa nafsu. Pastinya
metod cacamerba ini tidak akan sampai kepada natijah yang sebenar karena
bayang-bayang khayalan tetap menghantui pemikiran mereka. Ada tuhan angin, tuhan api, tuhan air yang
berasingan dengan rupa-rupa yang berbeda seperti yang digambarkan oleh Hindu,
Budha dan seumpamanya.
8. Dugaan dan Hawa Nafsu.
Sarahan :
Dua unsur utama dalam metod mengenal
tuhan yang tidak berlandaskan disiplin yang sebenar adalah sangka-sangkaan dan
juga hawa nafsu. Campur tangan dua unsur
ini sangat tidak mungkin untuk mencapai natijah yang tepat dan sahih.
Dalil :
·
Q.2:55, Kaum nabi Musa mengambil
anak lembu sebagai tuhan dan cabar untuk tidak beriman dengan Musa kecuali
setelah melihat Allah secara terang, lalu mereka disambar oleh halilintar.
·
Q.10:36, Kebanyakan mereka tidak
mengikut kecuali duga-dugaan semata-mata.
Sesungguh nya dugaan itu tidak cukup untuk mendapat kebenaran
sedikitpun.
·
Q.6:115, Telah tamatlah kalimah
Tuhanmu dengan kebenaran dan keadilan.
9. Ragu-Ragu.
Sarahan :
Apabila jalan yang dilalui tidak
jelas dan tidak tepat, maka hasil yang didapati juga sangat tidak
meyakinkan. Mungkin ada hasil yang
didapati, tetapi bukan hasil yang sebenarnya.
Bagaimanakah kita ingin mengenal Allah tetapi kaedah pengenalan yang
kita gunakan tidak menurut neraca dan panduan yang telah ditetapkan oleh Allah. Kadangkala sayyidina Umar tersenyum sendirian
mengenangkan kebodohannya menyembah patung yang dibuatnya sendiri dari gandum
sewaktu jahiliyah, apabila terasa lapar dimakannya pujaan itu.
Dalil :
·
Q.22:55, Orang-orang kafir
senantiasa dalam keraguan.
·
Q.24:50, Apakah ada dalam hati
mereka penyakit, atau mereka masih ragu-ragu atau takut.
10. Berakibat Kufur.
Sarahan :
Tidak ada komentar:
Posting Komentar