MA’ANI LAA ILAHA ILLA ALLAH
Dalam ucapan syahadah yang kita ungkapkan terkandung
beberapa pasal yang sering dibincangkan.
Antaranya ialah kalimah (Laa) yang menafikan langsung ketuhanan dan
ciri-ciri ketuhanan segala sesuatu yang wujud di atas alam ini dalam apa juga
rupa melainkan ketuhanan Allah SWT dengan segala kesempurnaannya. Penafian yang melibatkan segala sifat-sifat
ini adalah sebagai membersihkan tapak kesempurnaannya. Penafian yang melibatkan segala sifat-sifat
ini adalah sebagai membersihkan tapak akidah dari segala syubhat ketuhanan
selain dari Allah. Tujuannya ialah
menta’kidkan bahawa segala-gala arti dan hakikat ketuhanan itu hanyalah ada
pada Allah. Dari sini binaan akidah
menjadi jelas kepada mukmin.
1. Tiada Ilah selain
Allah.
Sarahan :
Menafikan seluruh ketuhanan pada
yang lain selain Allah. Menafikan
kesempurnaan mereka dan menafikan hak pengabdian selain dari Allah. Mengitsbatkan keesaan dan kesempurnaan semata-mata.
2. Tiada Khalik selain
Allah.
Dalil :
·
Q.25:2, Tuhan yang menguasai
pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak
mempunyai sembarang sekutu dalam pemerintahanNya, dan Dia lah yang menciptakan
tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan mahluk-mahluk itu dengan ketentuan
takdir yang sempurna.
3. Tiada Pemberi Rizki
selain Allah.
Dalil :
·
Q.51:57-58, Aku tidak sekali-kali
menghendaki sembarang rizki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki
supaya mereka memberi makan kepadaKu.
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi Rizki (kepada sekalian
mahlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga,
lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
4. Tiada Pemilik selain
Allah.
Dalil :
·
Q.4:131-132, Dan bagi Allah jualah
segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan demi sesungguhnya, Kami
telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu, dan juga
(perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah, dan jika kamu kufur
ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang
ada di langit dan yang ada di bumi, dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi
Maha Terpuji. Dan bagi Allah jualah apa
yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan cukuplah Allah sebagai Pengawal
(yang mentadbirkan dan menguasai segala-galanya).
5. Tiada Raja/Tiada
Kerajaan selain untuk Allah.
Dalil :
·
Q.62:1, Segala yang ada di langit
dan yang ada di bumi senantiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai
(sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
·
Q.36:83, Oleh itu akuilah kesucian
Allah (dengan mengucap subhaanallah), Tuhan yang memiliki dan menguasai
tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
·
Q.67:1, Maha Berkat (serta Maha
Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat), dan
memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
·
Q.3:189, Dan bagi Allah jualah kuasa
pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
6. Tiada Pembuat Hukum
selain Allah.
Dalil :
·
Q.12:40, Apa yang kamu sembah, yang
selain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk
nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sembarang bukti yang
membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang
menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah.
Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui.
·
Q.6:114, (Katakanlah wahai Muhammad)
: “Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta syaitan-syaitan itu sehingga
aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan
kepada kamu kitab Al-Qur’an yang jelas nyata kandungannya satu-persatu (tentang
yang benar dan yang salah) ?”. Dan
orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Qur’an itu adalah
diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, janganlah sekali-kali engkau
menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.
·
Q.33:36, Dan tidaklah harus bagi
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya
menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai
hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum
Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas
nyata.
·
Q.28:68, Dan Tuhanmu menciptakan apa
yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari
mahlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan), tidaklah layak dan
tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya
dari apa yang mereka sekutukan denganNya.
·
Q.45:18, Kesudahannya Kami jadikan
engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup
lengkap) dari hukum-hukum agama, maka turutlah Syariat itu, dan janganlah
engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang
benar).
·
Q.42:20, Sesiapa yang menghendaki
(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya
mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya, dan sesiapa yang menghendaki
(dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari
kebaikan dunia itu (sekedar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh
sesuatu bahagianpun di akhirat kelak.
·
Q.6:137, Dan demikianlah juga
(jahatnya) ketua-ketua yang orang-orang musyrik itu jadikan sekutu bagi Allah,
menghasut kebanyakan dari mereka dengan kata-kata indah yang memperlihatkan
eloknya perbuatan membunuh anak-anak mereka, untuk membinasakan mereka, dan
untuk mengelirukan mereka mengenai agama mereka. Dan kalau Allah kehendaki, niscaya mereka
tidak melakukannya. Oleh itu biarkanlah
mereka dan apa yang mereka ada-adakan itu.
7. Tiada Pemerintah selain
Allah.
Dalil :
·
Q.7:54, Sesungguhnya Tuhan kamu
ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu. Ia bersemayam di atas Arasy, Ia melindungi
malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia
pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya)
tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada
Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian mahluk) dan urusan
pemerintahan. Maha Suci Allah yang
mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
8. Tiada Pemimpin selain
Allah.
Dalil :
·
Q.2:257, Allah pelindung (yang
mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur)
kepada cahaya (iman). Dan orang-orang
yang kafir, penolong-penolong mereka ialah thagut yang mengeluarkan mereka dari
cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur).
Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
9. Tiada Yang Dicintai
selain Allah.
Dalil :
·
Q.2:165, (Walaupun demikian), dan
juga diantara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi)
sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya)
sebagaimana mereka mencintai Allah, sedang orang-orang yang beriman itu lebih
cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah
orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka
melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan
kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha
berat azab siksaNya, (niscaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
10. Tiada Yang Ditakuti
selain Allah.
Dalil :
·
Q.2:40, Wahai Bani Israil. Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang
telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu,
supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu, dan kepada Akulah sahaja
hendaklah kamu merasa gerun takut (bukan kepada sesuatu yang lain).
·
Q.9:18, Hanyasanya yang layak
memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman
kepada Allah dan Hari Akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat
dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang
tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat
petunjuk.
11. Tiada Yang Diharapkan
selain Allah.
Dalil :
·
Q.94:8, Dan kepada Tuhanmu sahaja
hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
·
Q.18:110, (Ingatkanlah peristiwa)
ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa : “Wahai
Tuhan kami. Kurniakanlah kami rahmat
dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk
keselamatan agama kami”.
12. Tiada Yang Memberi
Manfaat atau Mudhorat selain Allah.
Dalil :
·
Q.6:17, Dan jika Allah mengenakan
(menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapapun yang dapat
menghapuskannya melainkan Dia sendiri, dan jika Ia mengenakan (melimpahkan)
engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
·
Hadits.
13. Tiada Yang Menghidupkan
atau Mematikan selain Allah.
Dalil :
·
Q.2:258, Tidakkah engkau (pelik)
memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim
(dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, karena Allah memberikan orang itu kuasa
pemerintahan ? Ketika Nabi Ibrahim
berkata : “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan”. Ia menjawab : “Aku juga boleh menghidupkan
dan mematikan”. Nabi Ibrahim berkata
lagi : “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu
terbitkanlah dia dari barat ?”. Maka
tercenganglah orang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan
petunjuk kepada kaum yang zalim.
14. Tiada Yang Mengabulkan
Permohonan selain Allah.
Dalil :
·
Q.2:186, Dan apabila hamba-hambaKu
bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka), sesungguhnya Aku
(Allah) senantiasa hampir (kepada mereka).
Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa
kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut
seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu
supaya mereka menjadi baik serta betul.
·
Q.40:60, Dan Tuhan kamu berfirman :
“Berdoalah kamu kepadaKu niscaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur
dari pada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahannam dalam
keadaan hina.
15. Tiada Yang Melindungi
selain Allah.
Dalil :
·
Q.16:98, Oleh itu apabila engkau
membaca Al-Qur’an, maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan
kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.
·
Q.72:6, Dan bahawa sesungguhnya
adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan
melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin,
karena dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong
dan jahat.
16. Tiada Yang Wakil selain
Allah.
Dalil :
·
Q.3:159, Maka dengan sebab rahmat
(yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah
bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan
kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari
kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka
(mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap mu), dan mohonkanlah ampun
bagi mereka, dan juga bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan (peperangan
dan hal-hal keduniaan) itu, kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah
bermusyawarat untuk membuat sesuatu) maka bertakwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
·
Q.9:52, Katakanlah : “(Sebenarnya)
tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua
perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid),
dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu
dengan azab dari sisiNya, atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga
menunggu-nunggu bersama-sama kamu”.
17. Tiada Daya dan Kekuatan
selain Allah.
Dalil :
·
Q.6:17, Dan Dialah yang berkuasa
atas sekalian hambaNya (dengan tadbir dan takdir) dan Dialah Yang Maha
Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya.
18. Tiada Yang Agung selain
Allah.
19. Tiada Yang Dimohonkan
Pertolongannya selain Allah.
Dalil :
·
Q.1:5, Engkaulah sahaja (ya Allah)
yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar